Apakah Faktor Kritikal Untuk Membuat Keuntungan Daripada Hartanah.
1. Beli pada harga rendah
Ya beli pada harga yang rendah. Biasanya melalui LELONGAN atau membeli daripada mereka yang terdesak. Membeli daripada penjual yang terdesak? Bunyinya seolah olah kita seperti hendak menangguk di air yang keruh...tetapi itulah hakikatnya...sekurang - kurangnya kita sedikit sebanyak turut membantu mereka mereka yang bermasalah. Antara mereka yang tergolong di dalam kategori penjual terdesak termasuklah...
ü Hartanah Lelong
ü Terpaksa Menjual Untuk Berhijrah Atau Berpindah
ü Terpaksa Menjual Kerana Kematian
ü Terpaksa Menjual Akibat Bercerai
Ehem...Nampak seperti mudah kan untuk membeli daripada mereka yang bermasalah dan pada harga yang rendah. Ya, seterusnya bagaimana hendak menemui mereka yang sememangnya bermasalah ini...banyak sumber yang boleh kita rujuk. Antaranya:
ü Iklan Di Akhbar
ü Ejen Hartanah
ü Pihak Bank
ü Tanda Untuk Di Jual
ü Kawan-Kawan
ü Kakitangan Pemaju
Tips: Banyakkanlah bergaul dan berkawanlah dengan pihak Bank kerana mereka ini selalunya banyak kenalan...
2. Pilihan Lokasi Yang Baik
Tips: Belilah Hartanah di lokasi yang menjadi pilihan ramai bukan pilihan semata-mata disebabkan faktor contohnya dekat dengan rumah ibu bapa kita. Pilihlah kawasan di mana terdapat ramai kaum Cina atau Kawasan Industri atau kawasan yang hampir dengan Institusi Pengajian Tinggi. Saya pernah bertugas di Melaka. Ramai kenalan saya bertugas sebagai Askar dan rata-rata memilih untuk membeli Rumah di negeri kelahiran masing-masing. Contoh pelaburan yang kurang baik...Hasrat untuk mendiami rumah tersebut apabila pencen kelak memang bagus...sesuatu yang tidak pasti kan...yang pasti tiada hasil daripada sewaan rumah tersebut jika lokasinya nun jauh di Sabah, Sarawak atau di Baling Kedah.
Antara Lokasi Yang Baik Di Kawasan Utara;
PERLIS: Kawasan Kangar, Taman Hijrah, Arau, Pauh (Pagar Budi), Behor Pulai, Jejawi (Permintaan untuk rumah kediaman semakin meningkat semenjak penubuhan UNIMAP, UITM dan beberapa lagi Institut Pengajian Tinggi).
3. Menepati kaedah perundangan
Terdapat 3 kategori tanah di Malaysia. Untuk kegunaan Pertanian, Bangunan dan Komersial. Terdapat juga istilah Pegangan Bebas, Pajakan dan Tanah Rezab Melayu. Buatlah carian di pejabat tanah untuk memastikan tanah tersebut bebas daripada sekatan atau pun tuntutan. Geran tanah tersebut tidak sepatutnya ada kaveat persendirian. Pastikan nama yang ada pada geran memang sah nama penjual...Sah berdasarkan nombor kad pengenalan...Pastikan juga tanah tersebut digunakan untuk kategori yang betul. Tiada bangunan sehebat KLCC dapat anda bina di atas tanah yang anda beli sekiranya tanah tersebut berstatus tanah kediaman.
Jika anda bukan Bumiputra, pastikan hartanah yang ingin dibeli bukan tanah Rizab Melayu.
Seeloknya peguam percuma yang disyorkan pihak pemaju tidak dilantik semula sebagai peguam yang sama untuk membuat dokumentasi tukar milik. Gunakan peguam sendiri atau pilihlah senarai peguam yang disyorkan oleh pihak Bank untuk menasihati anda di dalam urusan tukar milik. Anda harus sedar, di sebelah manakah seseorang peguam itu akan berpihak sekiranya masalah timbul dan yuran peguam itu ditanggung sepenuhnya oleh pemaju atau penjual...
4. Rizab yang cukup
Pastikan anda mempunyai Rizab yang cukup untuk membuat bayaran bulanan dalam keadaan di mana anda mungkin menghadapi masalah dan diberhentikan kerja...Sekurang- kurangnya 3 bulan rizab...dan yang pasti jika rumah yang dibeli terus daripada pemaju, sediakanlah wang yang cukup untuk membuat bayaran bagi pemasangan asas seperti elektrik dan air...Boleh tahan mahalnya...saya sendiri sudah merasainya...belum dikira aksesori tambahan...tirai, perabot, peti ais dan TV baru...
5. Mesti buat duit
Walau apa sahaja Hartanah yang anda beli dan di mana sahaja lokasinya...pastikan ianya mampu memberikan anda lebihan tunai...samada daripada lebihan sewaan berbanding bayaran bulanan kepada pihak Bank atau keupayaan untuk memberikan anda pulangan modal yang baik.
6. Periksa sebelum beli
Kesilapan yang biasa dibuat oleh mereka yang gagal di dalam pelaburan Hartanah adalah terlalu bergantung kepada penjual, pihak Bank atau Broker Hartanah untuk memilih lokasi Hartanah yang ingin di beli. Saya nasihatkan pergilah ...saya ulangi pergilah lihat sendiri dan nilailah hartanah yang ingin di beli tersebut secara sendiri, Dapatkan bantuan jurunilai harta atau mereka yang mahir untuk menilai kos pembaikan rumah jika perlu...INGAT...membeli Hartanah bukan seperti membeli ikan yang harganya dalam lingkungan RM3 ke RM5 sahaja sekilogram...Jika tidak habis untuk di makan , jamu sahaja pada kucing...
7. Pilih pegangan bebas?
Baik jika anda dapat membeli Hartanah berstatus Pegangan Bebas. Tetapi percayalah untuk mendapatkan Hartanah Pegangan Bebas di kawasan Kangar ataupun Seberang Jaya memang sukar....Sesukar mencari jarum di dalam Rumput...Perlu di ingat tanah di mana status pegangan bebas sekalipun pasti tidak akan terlepas daripada di ambil Pihak Kerajaan jika keadaan memerlukan kawasan tersebut di ambil untuk dibangunkan.
8. Elakkan tanah yang kosong
Lebih menguntungkan untuk memilih Rumah berbanding Tanah kosong kerana Rumah paling kurang pasti mampu memberikan pulangan sewa.
9. Feng Sui
Nampak remeh, tetapi tidak kurang penting. Apabila memilih pastikan Hartanah tersebut:
ü Tidak menghadap matahari terbenam
ü Elakkan Rumah yang menghadap sebatang jalan lurus
ü Elakkan nombor rumah yang berakhir dengan angka 4 (maksud yang berkaitan kematian dalam bahasa cina)
ü Elakkan unit paling atas bangunan apartment
No comments:
Post a Comment