Saturday, January 22, 2011

AKAUNTAN NEGARA, EMAS, GRATUITY

AKAUNTAN NEGARA, EMAS, GRATUITY

Berita tentang lonjakan harga emas melalui Utusan Malaysia agak menarik untuk diperbincangkan. Akuantan Negara Malaysia boleh menjadi sumber utama bagi bakal pesara untuk mendapatkan pembiayaan Gratuity dan melaburkan pembiayaan tersebut di dalam Pelaburan Emas.

Terbuka kepada bakal Pesara yang berbaki 3 tahun sebelum bersara, Bank Muamalat menawarkan pengeluaran pendahuluan Gratuity sehingga 80% kepada kakitangan kerajaan yang layak...termasuk TENTERA...

TIADA BAYARAN BULANAN, TIADA PENJAMIN, DIJAMIN PULA OLEH INSURAN...

Satu TAWARAN menarik dan susah untuk dilepaskan...

Bayangkan anda bakal bersara lagi 3 tahun...selepas bersara GAJI anda bakal hilang separuh...nah disinilah permulaannya...bersedialah daripada sekarang...

Peribahasanya mudah...SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN.




 
Andaikan ANDA memilih untuk mengeluarkan Gratuity tersebut sekarang, dan bertindak untuk menanam pokok getah atau kelapa sawit contohnya, 3 tahun daripada sekarang sudah tentu tanaman tersebut sudah mampu mengeluarkan hasilnya kan? Walaupun gaji sudah tinggal separuh pada masa tersebut, segalanya telah tersedia kerana anda bertindak awal...maka BIJAK lah...keluarkan Gratuity tersebut dan mula membuat perancangan AWAL bermula sekarang...

Ada yang masih tertanya-tanya...apakah itu Wang Gratuity? Tak lain ianya Wang Ganjaran perkhidmatan daripada Kerajaan kepada kakitangan awam yang telah tamat tempoh perkhidmatan...wang tersebut semestinya tidak produktif, tidak pula mendatangkan pulangan dividen...ya...masih terapung diawang-awangan...

Berbeza daripada KWSP, sekurang-kurangnya pencarum masih layak mendapat sekurang-kurangnya 4% pendapatan dividen...(sikitnya)...

Jadi apa yang ditunggu lagi....bertindaklah sekarang bakal PESARA sekalian...INGAT... Tiada bayaran bulanan, tiada penjamin, dijamin pula oleh insuran...sesuatu terjadi kepada ANDA, segalanya ditanggung oleh Insuran...


Lebih lagi jika anda membuat pelaburan di dalam EMAS....

Lihat petikan akhbar di bawah:

HARGA EMAS CECAH RM4, 650 SEAUN

ARKIB: 07/01/2011 – Utusan on Line

Oleh SARAH NADLIN ROHIM

sarah.rohim@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Harga emas dunia bakal mencecah paras AS$1,500 (RM4,650) satu auns pada tahun ini, kata Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Poh Kong Holdings Bhd. (Poh Kong), Datuk Eddie Choon.

Katanya, peningkatan itu dijangka berlaku memandangkan trend semasa dan permintaan berterusan di pasaran.

''Pada tahun lalu, harga emas bagi satu auns adalah sekitar AS$1,400 (RM4,340) dan ia terus meningkat.

''Walaupun pada awal tahun ini, harganya mengalami sedikit penurunan, tetapi kami yakin ia bakal mencecah AS$1,500 satu auns,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas di minta mengulas mengenai harga pasaran semasa emas pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan Poh Kong di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Perhubungan Korporat, Pentadbiran & Sumber Manusia, Margaret Hon dan Akauntan, Hoh Sze Haw.

Tahun lalu, harga komoditi mengalami lonjakan positif apabila ditutup pada paras yang tinggi terutama bagi emas hingga ke minyak mentah.

Harga emas ditutup pada paras AS$1,421.40 (RM4406.34) satu auns pada hari terakhir 2010, naik kira-kira 31 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Para penganalisis menjangkakan trend peningkatan harga akan berterusan pada tahun ini kerana emas merupakan komoditi paling cemerlang dari aspek peningkatan harga pada tahun lalu.

Secara tradisinya ia dilihat sebagai pelaburan perlindungan nilai dan sering digunakan sebagai mekanisme lindung nilai terhadap deflasi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan perniagaan, Choon berkata, pada tahun ini Poh Kong akan menambah tiga lagi cawangan dengan pelaburan sebanyak RM9 juta.

''Tiga cawangan tersebut terletak di Semenanjung Malaysia dengan yang pertama adalah di Nilai, Negeri Sembilan dijangka dibuka pada suku pertama tahun ini.

''Dua lagi cawangan masih belum dikenal pasti. Pelaburan bagi setiap cawangan adalah sebanyak RM3 juta,'' jelasnya.

Penambahan tiga cawangan itu akan menyaksikan Poh Kong memiliki 100 buah cawangan di seluruh negara.

Tambah beliau, setakat ini fokus perkembangan perniagaan adalah tertumpu di Semenanjung Malaysia.

''Dalam masa terdekat ini, kami masih belum merancang untuk menambah cawangan di Malaysia Timur dan di luar negara.

''Tetapi kami sentiasa meninjau sebarang peluang. Sekiranya ia bertepatan dengan kehendak perniagaan Poh Kong, kami akan pertimbangkan pada masa hadapan,'' katanya.

Poh kong menguasai 15 peratus pasaran barangan kemas emas dan tahun ini merupakan ulang tahun syarikat itu yang ke 35 tahun.

Pelbagai promosi dijalankan bagi menyambut ulang tahun itu sehingga 31 Ogos ini.



Thursday, January 20, 2011

Untuk Berjaya, belajarlah daripada mereka yang telah Berjaya...

Saya banyak mendapat ilmu melalui pembacaan...penulis yang saya minati...AZIZI ALI...banyak buku2 beliau menjadi rujukan buat saya...

Tidak lupa juga, ilmu melalui ceramah motivasi...AWANG TAWIL...ya...seorang lagi idola saya...

Dalam artikel ini kita bakal membicarakan persoalan HUTANG...

HUTANG...

Semua orang pasti pernah berhutang...

UMPAMA KIAMBANG




Yang pasti...KITA mesti rasional ketika berhutang...Jangan jadi seperti kiambang, pucuk tak sampai, akar pula tak jejak ke bumi...tersalah buat pertimbangan porak peranda rumah tangga...merana pulak seumur hidup...

Ukur baju di badan sendiri...



Usah berlagak mampu ketika hendak berhutang...ukurlah baju di badan sendiri....jangan jadi seperti itik...NAMPAK tenang...TIMBUL di permukaan...tetapi jika dilihat dari bawah, terkapai-kapai untuk terus kekal timbul...masalah jika tak dapat nak bertahan ...takut tenggelam dan terus tenggelam...mati ler tue...



Strategi untuk melawan hutang???

Bertahan , Timbus , Keluar


Kita akan selamanya merana jika terus membuat hutang untuk menimbus hutang...strategi yang bijak adalah BERTAHAN...bertahan dengan jumlah hutang sedia ada....

TIMBUS...timbus hutang tersebut dengan keupayaan yang sedia ada...

KELUAR...rancang betul- betul...satukan hutang jika ada peluang dan KELUAR terus ....lariiiii...jangan TOLEH lagi ke belakang untuk membuat HUTANG ya....cerai terus...TALAK TIGA...anggap saja JODOH kita tidak ada dengan HUTANG yang membebankan...cewahhh...



 
Kata En Awang Tawil, penceramah motivasi idola saya...Orang banyak berhutang umpama pakai tuala...di tarik ke atas nampak lutut, ditarik ke bawah nampak pusat... mesti berhati hati...tersalah tarik kain koyak di tengah tengah ...masalah lain pulak yang akan timbul...

Masalah kewangan banyak keburukannya...ianya punca kepada keretakan rumahtangga, pergaduhan dan masalah sosial. Tidak terkecuali masalah ALONG.

Banyakkan Pelaburan...KITA Ubah peribahasa...




Dahulu...besar periuk besar kerak...sekarang besar periuk besar isinya

Dahulu...kais pagi makan pagi...sekarang kais sehari makan sebulan...

Banyak MEMBACA...carilah ILMU...mesti Kreatif...

Kreatif???

Contoh sebuah rumah di KL...dahulu beli RM200, 000....bayaran bulanan RM1, 900...harga pasaran mungkin sudah mencecah RM550, 000...

Refinance semula lebih baik...



Refinance semula pada RM500, 000...baki RM300, 000 perbezaan antara baki belian dengan pembiayaan baru jika dilaburkan dalam ASB contohnya, bakal mendatangkan pulangan RM24,000 setahun (Andaian 8% dividen)...di bahagi 12 bulan , bermakna sebulan RM2,000 pendapatan dividen...

Dalam kes di atas...sudah ada dua keuntungan...

1. Kita dapat menggandakan harta kita...daripada sebiji rumah....kepada RUMAH + Pelaburan ASB bernilai RM300, 000 (ASB minima cuma RM250, 000 sahaja...opsss kena la kreatif lagi...gunakan sahaja selebihnya untuk dimasukkan ke dalam akaun ASB pasangan kita)...

2. Bayaran bulanan rumah kita yang asalnya RM1,900 sebulan di atas, secara tidak langsung sudah dapat ditampung oleh bayaran dividen ASB...RM2,000 sudah dapat menampung bayaran bulanan RM1,900...malah lebih lagi sebanyak RM100...ermmmm....

Ahaaa...ada lagi...keuntungan ketiga....ada yang mingkin tertanya habis pembiayaan baru sebanyak RM500,000 bayaran bulanan mesti jugak akan bertambah....so mana nak cari duit???

Dalam kes ini, mudah saja...jika tidak buat pembiayaan semula pun...kita sudah mampu untuk membuat bayaran rumah asal sebanyak RM1, 900 sebulan...

Saya tidak maksudkan kita tak payah bayar terus...

Cumanya dengan kaedah di atas, bayaran yang sama, harta kita mampu berkembang menjadi dua... kita mampu buat dua harta sekaligus...macam baling sibiji Batu kena 2 ekor burung lar...

Rasionalnya...

Dahulu kita bayar RM1, 900 sebulan dapat rumah sahaja...sekarang bayar mungkin RM3,500 sebulan untuk pembiayaan semula RM500,000...

Tetapi ingat tak...pelaburan RM300,000 ASB di atas??? Bayaran bulanan RM2,000 sudah di tampung oleh dividen ASB...beza RM1,500 sahaja lagi untuk kita keluarkan daripada pendapatan kita sebagai bayaran bulanan... masih untung RM400 (RM1900 tolak RM1500)...dapat lagi dua harta...haaaa....itulah dia pelaburan yang bijak kan???

Bijak kan???

Senario ke-dua...

Sekadar renungan...kerana pihak bank belum lagi menawarkan kaedah berikut...

Pihak bank kadangkala menetapkan sebulan atau dua bulan deposit cagaran untuk sebarang pembiayaan...kadangkala jumlahnya mungkin mencecah RM5,000....alangkah indahnya jika kita dapat menukarkan cagaran tersebut dengan emas...senilai dengan deposit cagaran kan? Sekurang- kurangnya emas yang pada puratanya menjana 18% peningkatan harga setiap tahun bakal juga memberi kita tambahan pulangan apabila pembiayaan kita tamat kelak...

Cadangan yang baik jugaaa...ermmm...meeting nanti boleh lar saya cadangkan pada management...kot nya boleh upgrade system untuk apply kaedah di atas....belum cuba belum tahu kan?



Wassalam









Sunday, January 16, 2011

Baki hutang rumah RM41 juta dibatal


Utama Hari ini...Berita gembira untuk masyarakat Sarawak dan Kapit umumnya...Adakah bermakna pilihanraya makin hampir? Rumah Percuma dan Pemberian Tanah Tambahan...Ermmmm...pelaburan yang BIJAK...Siapa ya yang bijak?

Baki hutang rumah RM41 juta dibatal

KAPIT 15 Jan. - Kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak ke sini membawa berita gembira kepada penduduk kawasan Sungai Asap apabila beliau menyatakan persetujuan kerajaan secara prinsipnya untuk menghapuskan baki hutang perumahan berjumlah RM41 juta yang ditanggung oleh mereka.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat kerana mengambil kira penduduk terbabit berpindah ke kawasan penempatan berkenaan di atas kehendak kerajaan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan Empangan Hidroelektrik Bakun.

Katanya, satu kaedah penyelesaian akan dicari kerajaan bagi menyelesaikan hutang itu yang kini berjumlah RM41 juta selepas kerajaan negeri memberi diskaun RM41 juta sebelum ini.

"Penghuni rumah panjang ini mempunyai asas yang kukuh untuk dibantu kerana mereka dipindahkan atas kehendak kerajaan dan mereka juga belum mendapat limpahan pendapatan yang sepatutnya kerana projek ini pernah tergendala.

"Pada prinsipnya kita akan batalkan pembayaran RM41 juta yang masih tertangguh, kita anggap ia sebagai satu pertimbangan khas bagi keadaan luar biasa," katanya sewaktu berucap pada majlis mesra rakyat di Rumah Panjang Uma Belor, Sungai Asap, di sini hari ini.

Sebanyak 1,693 keluarga suku Orang Ulu terdiri daripada Kenyah, Kayan, Lahanan, Ukit dan Penan menetap di tiga skim penempatan semula Sungai Asap.

Setiap keluarga terlibat telah dibayar pampasan untuk tanah, rumah dan tanaman yang terjejas kerana pembinaan projek Empangan Hidroelektrik Bakun serta mendapat lot pertanian seluas 1.2 hektar yang diberikan oleh kerajaan negeri.

Setiap rumah baru yang diberikan kepada mereka bernilai RM50,000 sebelum dikurangkan oleh kerajaan negeri menjadi RM25,000 seunit.

Mengenai rungutan penduduk bahawa tanah seluas 1.2 hektar itu tidak mencukupi untuk diusahakan, Perdana Menteri berkata, beliau akan mencari jalan bagi membolehkan keluasan tanah itu ditambah.

Katanya, beliau sedar tanah seluas 1.2 hektar itu tidak mencukupi untuk memberikan pendapatan melepasi garis kemiskinan.

"Mengenai bekalan elektrik ke kawasan ini pula, kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan melaksanakan projek sambungan bekalan yang menelan belanja RM22 juta," katanya.

Pada sidang akhbar selepas itu, Najib berkata, isu penjualan Empangan Hidroelektrik Bakun kepada Kerajaan Negeri Sarawak masih di peringkat rundingan dan terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti.

Kerajaan Negeri Sarawak pada tahun lalu menyatakan hasrat untuk membeli empangan berkenaan pada harga RM6 bilion dan bersedia meningkatkan bidaan kepada RM7 bilion bergantung kepada kaedah pembayaran.

Kos keseluruhan empangan itu adalah RM7.3 bilion tetapi ia telah melebihi kadar tersebut berikutan beberapa masalah yang berlaku ketika pembinaannya.

Dalam pada itu, Najib menjelaskan beliau tidak dapat menghadiri taklimat di Empangan Hidroelektrik Bakun pada pagi ini kerana keadaan cuaca buruk tidak mengizinkan helikopter yang dinaiki beliau melakukan pendaratan.

Sumber : Utusan Malaysia On line
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM