Antara kelebihan yang pastinya menguntungkan anda sebagai Tuan punya Hartanah adalah seperti berikut:
1. Tahan Inflasi/ Paling selamat
Terdapat dua jenis pulangan yang utama...pulangan tunai (sewa) dan pulangan modal melalui harga yang semakin meningkat.
2. Boleh guna
Beza antara tanah lot di kawasan bandar dengan rumah siap adalah yang kedua iaitu rumah mampu memberikan kita pulangan terus melalui sewaan. Tidak dapat dinafikan tanah kosong juga mampu memberikan pendapatan sewaan tetapi agak sukar kerana kita mungkin terpaksa mengeluarkan modal tambahan untuk membina struktur contohnya di atas tanah tersebut bagi membolehkan sewaan.
3. Boleh dinaiktaraf
Rumah yang anda beli pada harga murah melalui lelongan misalnya mudah untuk dinaik taraf melalui pembaikan ringkas; mengecat, menambah bilik dan sebagainya...Ini akan meningkatkan lagi harga jualan rumah tersebut dan seterusnya menambahkan keuntungan kepada anda.
4. Eksklusif dan tidak sama bentuk
Dua rumah berkembar yang pada zahirnya nampak sama daripada segi luarannya pasti berbeza daripada segi hiasan dalamannya. Setiap perbezaan mempunyai kesan ke atas perbezaan harga.
5. Cagaran paling Utuh
Tiada masalah untuk kita menyagarkan rumah kepada pihak bank untuk wang tunai jika lokasi hartanah kita memang menarik. Bagi hartanah yang telah habis di bayar, Bank Muamalat misalnya tidak lokek untuk memberi anda pembiayaan sehingga 80% Margin daripada Harga Pasaran Hartanah tersebut.
6. Leverej terbaik
Bank Muamalat contohnya menyediakan sehingga 95% pembiayaan kepada mereka yang ingin memiliki rumah... Baki 95% lagi akan dibiayai oleh pihak bank...dan ada lagi...Kos guaman dan insurans juga ditanggung sepenuhnya oleh pihak Bank. Apa lagi yang hendak difikirkan...segalanya MUDAH kan...
7. Pendapatan sewa
Sementara menunggu peningkatan modal, rumah yang di beli di kawasan Kangar, Arau atau Pauh misalnya pasti memberikan pulangan sewa yang lebih berbanding bayaran bulanan kepada pihak bank....jadi apa tunggu lagi....
Terdapat beberapa jenis Hartanah yang biasa terdapat di Malaysia iaitu:
1. Rumah setinggan
2. Rumah teres
3. Rumah Murah dan Rumah Pangsa
4. Rumah Bandar
5. Rumah banglo
6. Rumah Kedai
Bagi kita yang berada di utara tanah air, yang biasa kita dengar lebih kepada Rumah Teres, Rumah Banglo, Apartment dan Rumah Kedai. Terdapat juga Tanah yang menjadi subjek jual beli dan mendapat permintaan ramai daripada masyarakat.
Pilihan sentiasa terletak di tangan kita untuk memilih hartanah yang sesuai untuk kita miliki. Yang mana satu yang paling terbaik? Semuanya bergantung sebenarnya kepada modal yang kita miliki, lokasi dimana kita tinggal dan yang paling penting kemampuan kita untuk menyerap risiko ke atas pelaburan tersebut. Tujuannya tak lain dan tak bukan untuk mengoptimakan keuntungan daripada modal kita yang sudah pastinya sentiasa terhad.
No comments:
Post a Comment