Pelaburan RM15 ribu...pulangan RM200 ribu...Dilindungi pula oleh Insuran...
Ini bukan skim cepat kaya...ianya pelaburan yang sah...ditawarkan oleh Institusi Kewangan ternama seperti Maybank, CIMB dan RHB...
Gunakan sahaja kreativiti kita...dengan sedikit kesabaran...disiplin yang tinggi ...dan wang tersebut pasti menjadi milik anda... Ianya sudah lama di war-warkan...Cuma ramai yang mungkin terlepas pandang...
Renungi petikan akhbar berikut. Kenapa pencen swasta bakal diwujudkan?
Pencen swasta diwujud
ARKIB: 24/07/2009 – Petikan dari UTUSAN On line...
Sehingga akhir 2008, terdapat lebih dua juta rakyat Malaysia yang bekerja sendiri dan tidak dilindungi.
Dana pencen swasta akan diwujudkan terutamanya untuk mereka yang tidak dilindungi oleh dana pencen rasmi, agar mampu menikmati kehidupan lebih baik ketika bersara.
‘‘Negara memerlukan satu lagi pilihan bagi dana persaraan bagi memastikan apabila bersara pekerja ini mampu mempunyai pendapatan mereka untuk jangka masa panjang (meneruskan kehidupan),’’.
Pada masa ini, golongan pekerja hanya mempunyai dua pilihan untuk membiayai kehidupan sewaktu persaraan iaitu skim pencen kerajaan dan potongan wajib bulanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Persediaan Untuk Persaraan?
Ada yang sudah merancang...ada yang masih tak sedar...ada juga yang buat buat tak kisah...yang pasti masa tetap akan berlalu...dan beruntunglah bagi mereka yang membuat perancangan awal...
Pernahkah kita terfikir berapa pendapatan kita selepas bersara kelak? Semua sedia maklum bagi kakitangan kerajaan yang berjawatan tetap, sekurang-kurangnya anda masih boleh bernafas lega kerana masih ada pendapatan daripada pencen...walaupun sedikit sekurang-kurangnya ada juga ya...
Bagaimana pula bagi mereka yang bekerja di Syarikat Swasta, Bank dan lain lain institusi swasta yang tidak menawarkan skim pencen...apakah sumber pendapatan anda selepas bersara kelak? Emmm...kena fikir Tuan...kena rancang Puan...jika umur kita panjang, masa begitu pasti tiba...begitu cepat masa berlalu kan?
Sedikit tips untuk kita renungkan...
Pelaburan RM15 ribu...pulangan RM200 ribu...Dilindungi pula oleh Insuran...Bagaimana?
SKIM ASB...ya disitulah ianya patut bermula. Buatlah pembiayaan ASB dengan mana-mana institusi kewangan yang menawarkan pembiayaan ASB...
Berkunjunglah ke mana-mana cawangan bank yang menawarkan pembiayaan ASB...Biasanya pembiayaan maksima RM200 ribu selama 20 tahun, bayaran bulanan di anggarkan sebanyak RM1,250 sebulan...bersamaan RM15 bagi setahun bayaran insuran...
Tips...sediakan sekurang kuranglah RM15 ribu ringgit tadi...persediaan untuk bayaran bulanan bagi setahun pembiayaan ASB...tahun berikutnya jika minima dividen diterima 8%...(Tahun ini 8.25% termasuk bonus)...bermakna sudah ada RM16 ribu pendapatan dividen...gunakan sahaja pendapatan tersebut untuk membayar ansuran tahun kedua dengan terimaan dividen tadi...ulangi kaedah yang sama bagi tahun berikutnya...dan NAH...TAHNIAH... setelah tamat tempoh 20 tahun terimalah RM200 ribu dengan pelaburan hanya RM15 ribu ringgit...
Nampak lama...tetapi sekurang-kurangnya kita sudah mempunyai simpanan untuk persaraan kita...jika umur kita tidak panjang...Waris kita tetap terpelihara kerana skim tersebut dilindungi insurance...anda tetap tidak rugi...Tetapi AWAS...mesti lah disiplin...Gunakan sepenuhnya pendapatan dividen tersebut untuk bayaran bulanan tahun- tahun berikutnya ya...jika tidak, risikonya anda mungkin terpaksa berhempas pulas untuk menyediakan bayaran bulanan bagi pembiayaan di atas...dan rancangan untuk mendapatkan RM200 ribu mungkin gagal di tengah jalan.
Bagaimana pulak untuk jadi JUTAWAN?
Maksimum pembiayaan sebagaimana yang ditetapkan oleh kerajaan hanya RM200 ribu...jika kita sudah berkahwin, galakkan juga pasangan kita untuk membuat pembiayaan bersama juga RM200 ribu...maknanya sudah ada RM400 ribu simpanan kita kan? Tempoh pembiayaan? Rancanglah sekurang- kurangnya sehingga usia persaraan kita...
Insya-Allah simpanan kita kelak pasti mencecah RM1 juta (RM400 Ribu daripada skim ASB) ...ditambah lagi daripada skim KWSP suami dan isteri yang kebiasaannya akan lebih daripada RM600 ribu apabila mencecah umur bersara kelak...
Haaa....dah jadi jutawan pun...
RM 1 juta...Banyak tue...jika simpanan kita yang berjumlah RM1 juta tersebut, kelak kita laburkan...kebanyakan skim akan menawarkan pulangan dividen purata 7%...setahun kita bakal memperolehi RM70,000 hasil dividen...bermakna RM5,000 pendapatan bulanan...Pada masa tersebut...biasanya pembiayaan kereta dan rumah kita pastinya sudah selesai...bermakna bersih pendapatan kita RM5 ribu ringgitttttt...principal RM1 juta masih juga kekal, tidak terusik...itulah yang dinamakan “peace of mind” kan...
Nampak menarik...Seterusnya...
Pelaburan RM15 ribu ... di mana sumbernya???
1. Simpanan biasa
2. Pengeluaran KWSP
3. Pembiayaan semula perumahan
Berkunjunglah ke Bank Muamalat...
Ehem...ehem...nak tahu sumbernya ya? Pengeluaran KWSP? Pembiayaan semula rumah anda dengan lebihan TUNAI di tangan? Email / hubungi sahaja saya untuk maklumat lanjut ya...SABERI ABD RAHIM...Penasihat Kewangan Anda...