KINI KITA BOLEH! Pelaburan minima hanya RM500 dalam Hartanah Perdana di Malaysia
AHB (Amanah Hartanah Bumiputra) ...Bantu Bumiputra miliki Hartanah Mewah
Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) yang ditubuhkan pada Mei 2006, hari ini melancarkan skim Amanah Hartanah Bumiputra (AHB) dengan saiz RM1 billion kepada pelabur Bumiputra berusia 3 bulan dan ke atas.
Pelaburan minimum RM 500 dan maksima RM200,000 memberi peluang kepada Bumiputra untuk mempunyai pegangan hartanah yang sukar untuk dimiliki secara langsung atau persendirian.
Unit AHB di tawarkan pada harga RM1 seunit...patuh syariah...sekaligus membantu mengembangkan lagi instrument Kewangan Islam di Malaysia.
Unit amanah ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tertakluk kepada hanya sekali setiap bulan. Unit ini pada masa sekarang boleh di miliki melalui Cawangan Maybank. Agihan pendapatannya dijangka lebih lumayan berbanding deposit tetap tidak kurang 6% berdasarkan pasaran semasa hartanah.
Pembayaran dividen akan di buat 2 kali setahun iaitu setiap 6 bulan sekali.
AHB pada masa sekarang mempunyai 5 hartanah yang bernilai RM1 billion iaitu CP Tower di Damansara, Wisma Consplant di Subang Jaya, bangunan Tesco di Setia Alam, Komplakes Industri di Shah Alam dan Menara SPRM di Putrajaya.
Melalui skim pelaburan Amanah Hartanah Bumiputra ini, golongan bumiputra secara tidak langsung dapat melabur dalam unit amanah bagi membeli hartanah komersial bernilai tinggi , menikmati kekayaan Negara serta Berjaya dalam bidang ekonomi.
Dipetik daripada Utusan Malaysia- 30 Nov., 10
Ya...menarik bukan skim di atas??? Tambahan kepada skim ASB yang ada pada masa sekarang...sekurang kurangnya mereka yang mempunyai sedikit duit yang lebih, tetapi tidak cukup untuk membeli hartanah komersial atas nama peribadi kini boleh menarik nafas lega dengan skim ini.
Pada masa sekarang cuma pembiayaan untuk melanggan ASB di tawarkan oleh Bank Tempatan seperti RHB, CIMB dan Maybank untuk pelanggan membeli unit ASB....Tidak mustahil pembiayaan yang sama akan dipanjangkan kepada masyarakat untuk membeli unit AHB...
Pada masa sekarang dengan hanya bermodalkan kurang RM15,000 para pelabur Bumiputra sudah mampu untuk memliki unit saham ASB bernilai RM200, 000....syaratnya...DISIPLIN...ya DISIPLIN yang UTUH untuk melabur semula pulangan Dividen yang diperolehi untuk membayar ansuran bulanan bagi tahun ke-2 pembiayaan dan seterusnya tahun berikutnya sehingga bayaran pembiayaan tamat...
Bayangkan scenario berikut :
Bermodalkan hanya RM30, 000, sepasang SUAMI ISTERI yang bertekad untuk membeli unit ASB berjumlah RM200, 000 setiap seorang hari ini, bakal menikmati tambahan RM400,000 kepada wang persaraan mereka 20 tahun akan datang...ditambah kepada wang persaraan lain mereka mungkin mampu mengumpul jumlah keseluruhan wang persaraan mencecah RM1 juta ...kita andaikan pulangan minima 7% daripada pelaburan RM1 juta pada masa akan datang...bermakna pasangan tersebut mampu menjana RM70,000 setahun hasil dividen bersamaan lebih daripada RM5,000 sebulan sebagai pendapatan bersama selepas bersara...pada waktu itu segala pembiayaan kereta, peribadi atau Rumah sudah tentu tamat...bermakna pendapatan bersih untuk membantu perbelanjaan selepas persaraan telah siap tersedia...itulah yang dinamakan pelaburan BIJAK...sediakan PAYUNG daripada sekarang...bersedia untuk menghadapi USIA PERSARAAN...
Bagaimana untuk mencari modal bagi pinjaman ASB atau pelaburan lain??? Berita baik bagi yang mempunyai Rumah kediaman...buatlah pembiayaan semula di Bank Muamalat...Maklumat lanjut boleh di dapati melalui blog saya saberi.muamalat@blogspot.com. Jumpa di sana ya...
LINK - http://www.muamalat.com.my/