1. Pengumuman Skim Rumah Pertamaku (SRP)...satu berita gembira buat pekerja swasta...
Kriteria Kelayakan Utama:
• Warganegara Malaysia
• Pembeli rumah pertama
• Berusia 35 tahun dan ke bawah
• Pendapatan kasar tidak melebihi RM3,000 sebulan
• Rumah berharga antara RM100, 000 ke RM220, 000
• Sah dalam jawatan dengan majikan yang sama tidak kurang 6 bulan
• Jumlah bayaran balik mestilah tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan
• Bukti pendapatan
2. Tamatnya tempoh lanjutan untuk diskaun bagi bayaran saman trafik pada 10 Mac 2011.
Ramai yang terpaksa mengeluarkan simpanan masing-masing bagi melangsaikan saman trafik. Ada yang terpaksa berhutang, ada yang terpaksa bergadai, malah ada juga yang terpaksa membuat pembiayaan peribadi khusus bagi mendapatkan wang untuk melangsaikan saman ekor. Yang pasti duit sudah dibelanjakan untuk membayar semua saman tertunggak. Yang belum pasti, adakah benar kesalahan yang tidak berbayar betul-betul bakal menyebabkan pesalah disenarai hitamkan. Betulkah atau sekadar gimik? Kerana harus diingat tindakan keras pasti mengundang isu...dan isu yang menyesakkan dada ramai terutamanya golongan muda pasti sedikit sebanyak bakal menjejaskan undi kerajaan dalam PRU ke 13 kelak...yang pasti ramai yang berdendam dalam diam...Persoalan yang susah juga untuk di jawab...
3. Kadar faedah sekaligus BFR kekal pada 6.30%.
Dengan krisis terbaru yang melanda Asia Barat...dengan kenaikan harga minyak dunia...teka teki sehingga bila harga minyak akan dikekalkan oleh kerajaan masih kekal menjadi tanda tanya...yang pasti BFR atau BLR yang kekal pada 6.30% sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada masyarakat khususnya yang terikat dengan pembiayaan bank...kerana sedikit kenaikan dalam BFR secara langsung pasti akan menyebabkan kenaikan dalam bayaran bulanan...menambahkan kos sekaligus mengurangkan pendapatan boleh guna kita ...
4. Gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada skala 8.9 ritcher.
Sehingga saat ini ini ramai yang mungkin masih belum sedar Tsunami besar setinggi lebih 10 meter sudah membadai utara Jepun sejurus setelah berlakunya gempa bumi sekuat 8.9 skala ritcher yang melanda perairan timur laut Jepun hari ini. Amaran tsunami sudah pun dikeluarkan oleh kerajaan khususnya kepada penduduk di pesisiran pantai...semoga rakyat Malaysia dilindungi daripada malapetaka ini...Insya-Allah.