KUALA LUMPUR: Kes kerugian sebuah bank tempatan yang didakwa memberi pinjaman berjumlah RM19 juta kepada dua syarikat bagi tujuan membekalkan alat ganti pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini dalam sisatan polis.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata pihak bank telah membuat laporan polis selepas mendapati kedua-dua syarikat berkenaan sebenarnya tidak wujud.
“Kita sedang jalankan siasatan berhubung kerugian bank itu setelah pihak bank menyerahkan wang pinjaman berjumlah RM19 juta kepada dua syarikat yang kononnya pinjaman terbabit dibuat bagi membekalkan alat ganti pesawat MiG-29N.
“Siasatan itu telah dimulakan sejak polis menerima laporan berhubung kes itu minggu lepas dan ia disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Maulidur Rasul 1432H/2011M peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini berhubung kes dua syarikat yang mengemukakan permohonan kepada sebuah bank bagi membuat pinjaman korporat untuk membolehkan mereka membeli alat-alat ganti pesawat MiG-29N.
Kedua-dua syarikat itu didakwa mengemukakan maklumat serta dokumen lengkap yang meyakinkan pihak bank untuk meluluskan pinjaman berkenaan.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak bank mendapati syarikat itu tidak wujud dan pihak bank turut gagal mengesan individu yang membuat pinjaman berkenaan. – BERNAMA
GAYAT ya apabila bekerja di Syarikat Swasta ...Jadinya pekerjaan apa yang paling BAGUS??? Tentulah Kerja Kerajaan...
Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!
Pengurusan kewangan amat berkait rapat dengan pilihan pekerjaan kita. Pekerjaan yang kita pilih biasanya mampu menentukan hala tuju kehidupan kita pada masa depan...Di zaman yang mencabar ini, bekerja dengan syarikat swasta membuatkan kita tidak tidur lena...seribu kemungkinan mungkin terjadi. Kita juga amat terdedah kepada bermacam–macam masalah dan mungkin diberhentikan kerja pada masa yang mungkin tidak pernah terfikir oleh kita. Apatah lagi jika kita bekerja sendiri. Percayalah, pihak bank akan tersenyum lebar sekiranya anda yang bekerja sebagai penjawat awam ingin membuat pembiayaan di bank-bank mereka...kerana apa? Kerana pekerjaan tersebut ternyata paling “secured” pada masa sekarang...
Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam...antaranya termasuklah:
1. Elaun perumahan
2. Elaun COLA
3. Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
4. Kenaikan gaji setiap tahun
5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
7. Cuti bersalin
8. Pinjaman perumahan
9. Caruman KWSP atau pencen
10. Bersara pada umur 58 tahun
11. Peluang kenaikan pangkat
12. Peluang melanjutkan pelajaran
13. Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
15. Bonus setiap tahun.
Wow...banyak kelebihannya ya...dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Tetapi disebabkan tawaran yang terhad, ditambah pula dengan permintaan yang terlalu tinggi untuk jawatan tersebut, maka kita perlu bersedia untuk menjadi yang terbaik sewaktu di temuduga kelak. Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Akan tetapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini.
Sebelum mendapat pekerjaan pegawai PTD contohnya kita perlu lalui dahulu ujian bertulis, ujian kecerdasan dan akhir sekali temuduga. Susah jugak ya...Walaubagaimanapun maklumat dalam laman web berikut mampu mengatasi masalah anda...KLIK pautan “Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Terbongkar “ melalui blog saya , http://saberimuamalat.blogspot.com untuk maklumat lanjut ya...