Saturday, October 23, 2010

CITA CITA @ PELUANG ?

Salam Sejahtera Buat Semua…
Tatkala saya menulis rencana ringkas ini, saya percaya ramai yang masih tercari-cari cara untuk menstabilkan kehidupan dan kewangan masing-masing…
Ada yang sudah bekerja tetapi merasakan pekerjaannya yang ada sekarang  kurang memuaskan bukan sahaja daripada segi pulangan wang ringgit, malah kepuasan dalam bentuk pekerjaan itu sendiri.  Pekerja Bank atau Syarikat Swasta contohnya, yang kerap kali diarahkan bertukar cawangan dan berada jauh dari keluarga pasti tercari-cari ruang untuk berdikari dan memulakan perniagaan sendiri agar boleh lebih dekat dengan keluarga.  
Pelajar yang baru sahaja menamatkan pengajian dan masih terintai intai peluang pekerjaan di luar sana…Banyak dugaan dan cabaran yang bakal anda temui kelak…Percayalah…
Kepada mereka yang baru sahaja mendapatkan pekerjaan atau baru memulakan kehidupan berkeluarga…TAHNIAH  juga... Semestinya anda sudah bersedia daripada segi kewangan dan persediaan mental yang kuat.  Selamat berbahagia dan semoga berkekalan lah hendaknya. 
Kepada pesara tentera yang telah tamat tempoh perkhidmatan selepas 21 tahun perkhidmatan…atau yang bersara selepas tempoh AGUNG atau OPSYEN …ya PESARA tentera yang saya hormati…Andalah yang saya maksudkan…anda masih lagi muda dan kuat pada umur yang pada kebiasaannya kurang daripada 42 tahun apabila bersara…masih ada yang tercari-cari peluang untuk meneruskan kehidupan. Yang sudah bersedia awal di tempoh peralihan….TAHNIAH…Anda mungkin sudah boleh bernafas lega  dengan kejayaan yang anda kecapi pada masa sekarang…dan apakah perancangan kita seterusnya selepas ini???
Saya telah berkecimpung di dalam dunia perbankan …lebih daripada 7 tahun…emms agak lama juga ya. Ramai sudah pelanggan dan bakal pelanggan yang saya temui…Bermacam ragam dan bermacam kehendak…
Ramai yang saya temui berminat untuk memulakan perniagaan sendiri samada secara langsung ataupun secara sambilan saja…yang pastinya ramai yang ingin hidup bebas dan membuat pendapatan sampingan. Anda betul…Kehidupan sekarang memang mencabar…bayangkan nilai wang RM50 yang kita ada hari ini…rata rata pasti setuju jika saya katakan nilainya sudah menjadi terlalu rendah pada masa sekarang. Sekali keluar untuk ke pasar malam contohnya tanpa sedar habis wang RM50 itu kita belanjakan dalam sekelip mata sahaja …betul kan???
Berdasarkan pengalaman dan atas kesedaran untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang ada, Insya-Allah saya akan menulis lagi…tentang cara-cara untuk memulakan perniagaan…apa yang perlu anda persiapkan dan apa yang patut anda elakkan…Saya juga akan berkongsi ilmu perbankan yang saya ada untuk faedah kita bersama…Selalulah melawat ke Blog saya…   
Salam Hormat daripada saya …
SABERI ABD RAHIM (SAR)