Dilancarkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Skim Rumah Pertamaku yang berkuat kuasa mulai 9 Mac 2011 memberi peluang kepada golongan muda berumur 35 tahun dan ke bawah untuk memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000 dengan pembiayaan sehingga 100%.
Pembeli tidak perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah. Kerajaan melalui “Cagamas SRP Berhad” sendiri yang akan menjadi penjamin kepada pihak bank atas pembiayaan yang melebihi 90% tersebut.
PETIKAN AKHBAR...
Skim Rumah Pertamaku dilancar
ARKIB : 09/03/2011
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 8 Mac - Golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dan belum memiliki kediaman sendiri boleh menarik nafas lega apabila mereka berpeluang untuk membeli rumah melalui Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan hari ini.
Skim tersebut yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli, tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah, dilancarkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Perdana Menteri, Skim Rumah Pertamaku yang berkuat kuasa mulai hari ini membenarkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah, memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.
"Skim ini merupakan inisiatif kerajaan yang dilaksanakan melalui Cagamas Berhad dengan kerjasama institusi-institusi kewangan. Ia bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup selain harga hartanah yang tinggi.
"Langkah ini akan membantu golongan muda di Malaysia untuk memiliki rumah pertama mereka dengan lebih cepat, selari dengan objektif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik.
Semua inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat agar hasrat untuk muncul sebagai sebuah negara maju serta berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tercapai.
Berita tersebut sesungguhnya membawa khabar yang gembira buat pekerja swasta. Bagi yang masih tercari – cari rumah idaman, inilah masanya untuk kita memiliki rumah sendiri.
Kriteria uama untuk melayakkan kita memiliki rumah melalui skim ini adalah :
• Mestilah Warganegara Malaysia
• Pembeli rumah pertama
• Berusia 35 tahun dan ke bawah
• Pendapatan kasar tidak melebihi RM3,000 sebulan
• Rumah berharga antara RM100, 000 ke RM220, 000
• Sah dalam jawatan dengan majikan yang sama tidak kurang 6 bulan
• Jumlah bayaran balik mestilah tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan
• Bukti pendapatan
Soalan – soalan lazim mengenai pembiayaan yang ditawarkan oleh pihak bank boleh dirujuk melalui ilustrasi di bawah:
1. Pendapatan kasar tidak melebihi RM3,000 sebulan
Scenario 1: Gaji pembeli A RM1, 500 & Gaji pembeli B, RM4, 000. Adakah layak untuk skim SRP?
JAWAPAN: TIDAK LAYAK untuk permohonan secara bersama. Walaubagaimanapun pembeli A layak memohon sebagai pemohon individu atau “single application”.
Scenario 2: Gaji pembeli A RM1, 800 & Gaji pembeli B, RM3, 000. Adakah layak untuk skim SRP?
JAWAPAN: YA, kedua dua mereka layak untuk membuat permohonan bersama dan permohonan secara individu.
KESIMPULANNYA: Pendapatan bersama boleh melebihi RM3, 000 bagi permohonan bersama asalkan pendapatan setiap pembeli tidak melebihi RM3,000.
Pendapatan daripada gaji kerja lebih masa (Over time), Elaun tetap dan sebagainya tidak dimabil kira dalam pengiraan Gaji kasar di atas. Pembeli automatik layak sekiranya Gaji Kasar tidak melebihi RM3,000.
Scenario 3: Saya bekerja sendiri dengan pendapatan kasar RM2,500 sebulan. Adakah layak untuk skim SRP?
JAWAPAN: TIDAK. Skim ini khas untuk pekerja swasta sahaja.
Scenario 4: Saya bekerja sendiri dengan pendapatan kasar RM2,500 sebulan. Isteri saya bekerja dengan syarikat swasta dengan pendapatan RM1,500 sebulan. Adakah kami layak untuk skim SRP?
JAWAPAN: TIDAK. Semua pemohon (termasuk bagi pembiayaan bersama) mestilah memenuhi kriteria kerakyatan Malaysia, rumah pertama, pekerjaan swasta, umur dan kriteria lain berkaitan pendapatan.
Scenario 5: Saya dan rakan saya memenuhi semua kriteria di bawah SRP. Bolehkan kami membuat permohonan bersama untuk membeli rumah?
JAWAPAN: TIDAK...Permohon bersama mestilah mempunyai ikatan sah kekeluargaan. Contohnya suami & isteri, adik & abang, ayah & anak...
Scenario 6: Adakah skim ini terbuka untuk rumah dalam pembinaan dan juga rumah yang telah siap?
JAWAPAN: Semestinya ...YA.
Scenario 7: Saya dan isteri telah membeli rumah yang berharga RM220,000. Adakah kami layak mendapatkan pembiayaan 100% jika kami memenuhi kriteria yang telah di tetapkan?
JAWAPAN: Penilaian hartanah atau rumah tersebut tertakluk kepada nilai sebenar rumah yang ingin di beli. Penilaian akan dibuat oleh penilai bertauliah yang dilantik khas oleh pihak bank.
Scenario 8: Bolehkah saya membuat pembiayaan semula rumah saya di bawah skim SRP?
JAWAPAN: TIDAK BOLEH. Pembiayaan semula tidak tertakluk kepada skim SRP.
Scenario 9: Lokasi hartanah atau rumah yang ingin di beli...Adakah mempunyai kesan ke atas pembiayaan?
JAWAPAN: YA....Tertakluk kepada penilaian Bank di mana anda membuat pembiayaan. Di bank Muamalat, kami tidak membezakan lokasi rumah atau dimana kediaman yang anda ingin beli. Kerana anda sememangnya keutamaan kami.
Scenario 10: Bagaimana cara untuk membuat permohonan?
JAWAPAN: Permohonan boleh dibuat di mana mana cawangan bank yang menawarkan skim tersebut. Jangan lupa “Pilihlah Perbankan Islam Bank Muamalat”.
Scenario 11 : Berapakah tempoh maksima pembiayaan?
JAWAPAN: Tempoh maksima adalah 30 tahun. Di Bank Muamalat, pembiayaan boleh sehingga pemohon mencecah umur 70 tahun atau 30 tahun mana yang lebih terdahulu.
Scenario 12 : Adakah pemohon diwajibkan mengambil insuran MRTA, MRTT, kebakaran dan sebagainya?
JAWAPAN: YA...Tertakluk kepada bank yang dipohon.
Scenario 13 : Dengan pembiayann 100% ini, adakah bermakna saya tidak perlu mengeluarkan walau sesen pun untuk membeli rumah?
JAWAPAN: Bergantung kepada budi bicara pemaju dan juga penjual bagi kes “sub sales”.
Scenario 14 : Adakah saya perlu membayar kadar faedah / keuntungan yang tinggi untuk melayakkan saya memohon SRP?
JAWAPAN: TIDAK. Kadar keuntungan biasa akan dikenakan bergantung kepada polisi bank masing masing.
Sekian dulu, sedikit sebanyak ilmu mengenai SRP untuk dikongsi bersama ...Sebarang pertanyaan, boleh hubungi telepon bimbit saya...
Nak beli rumah? Nak maklumat perumahan yang sesuai di kawasan utara...stok rumah dan sebagainya...boleh juga hubungi saya ya...
Salam Hormat Dari Saya...
SABERI ABD RAHIM

No comments:
Post a Comment